Ini adalah Utopia yang sedang kita realitikan
USULUDDIN MULTIMEDIA CREATION.SDN.BHD
KUMPULAN USULUDDIN MULTIMEDIA adalah salah sebuah syarikat Islamik penerbitan terbesar dan prolifik di Malaysia yang mengetengahkan dakwah melalui medium Seni,Multimedia dan Hiburan serta info tentang Keagamaan sebagai misi utama. Berbagai idea baru yang lebih segar dan sesuai dengan keadaan semasa melambangkan kami begitu komited untuk mencapai sasaran sebagai pendawah dan penerbit sepanjang masa.
Atas rasa tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi, pihak kami menawarkan sesuatu yang berbeza, komprehensif serta barisan produk yang mengujakan sesuai dengan cita rasa semua peringkat usia dalam pelbagai Produk dan genre.
Berlandaskan kreativiti dan daya imaginasi sebagai penanda aras dan bahan eksperimen, faktor inilah yang membuatkan kami cuba bertahan dalam melahirkan hasil kerja yang menakjubkan, cetusan idea baru dan yang paling penting, inspirasinya meninggalkan kesan di hati masyarakat tanpa menghiraukan perubahan masa dan cita rasa.
Syarikat kami menerima sahaja segala kepakaran yang boleh disumbang untuk merialisasikan masyarakat yang memahami Islam secara holistik(menyeluruh) dan sempurna.
Di bawah adalah Contoh-contoh yang cuba direalisasikan
MAJALAH
Majalah terbitan kami menjadi pilihan utama berdasarkan inti patinya yang menepati sasaran seterusnya mampu merangsang pembaca remaja dengan kandungannya yang relevan serta bersesuaian dengan trend semasa.
Kombinasi serasi dalam penghasilan komik yang mencapai kadar tertinggi pilihan pembaca dan informasi terkini tentang gabungan kefahaman agama membuatkan pembaca terasa dihargai, berilmu dan sentiasa inginkan kelainan!
FILEM
Pihak Kami juga cuba menghasilkan filem-filem yang bertemakan bermacam-macam genre sekaligus membawa masyarakat berfikir tentang kebaikan kehidupan Islamik
KOMIK
Komik juga adalah salah satu usaha kami bagi menarik peminat-peminat komik tanah air dan menambah dan menghasilkan komik-komik Islamik yang menarik selain dari komik Ana Muslim,Asuh dan sebagainya.
PRODUK
Pakaian keluaran kami juga bertemakan kebebasan dan kebijaksanaan masyarakat berfikir melalui mesej yang disampaikan oleh kami sebagai contohnya.
Selain pakaian,banyak lagi yang akan kami hasilkan untuk menepati selera pengguna.Dan berbagai Idea akan dikumpulkan.
PERNIAGAAN INTERNET
Usuluddin Multimedia ini tidak terikat dengan mana-mana institusi dan sebuah syarikat yang dibina atas tanggungjawab dan kepakaran daripada tenaga-tenaga yang mahukan Islam kembali berdaulat serta membetulkan fikrah masyrakat.Walaupun asalnya adalah tenaga yang bersumberkan Pelajar-Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,tetapi kemudiannya berkembang dan menerima sesiapa sahaja kepakaran-kepakaran
~INSYAALLAH~
Perjalanan Pulang Yang Tak Akan Pernah Dilupakan
8 months ago


12:13
Usuluddin Multimedia
Posted in:

0 comments:
Post a Comment