bismillah :)
smpena dengan request dari seseorang, note ini di taip sekadar satu pengalaman yang pernah hadir dalam diri.
hari ini, 25 jun 2011, saya telah mengikuti satu bengkel kefahaman bible : pemikiran kritis yang dianjurkan oleh ABIM sempena Muktamar Sanawi mereka. tajuk saje dah buat hati gentar memikirkan betapa diri ini jahil tentang hal-hal begitu.
hari ini buat kali pertama dalam hidup, menginjak usia yang ke-20, saya telah memegang bible. bunyi macam jakun bak kata zaman muda-muda dulu. tapi saya yakin, ramai lagi mereka di luar sana yang seperti saya. takut memegang bible.
walhal kalau bible pun takut nak pegang, isi pun takut nak hadam, macam mana nak counter segala dakyah dan tohmahan yang mereka lemparkan. inilah kata-kata yang terkena batang hidung sendiri masa bengkel tadi.
sekadar satu pengisian ringkas. bible terdiri dari pelbagai bahasa. english, melayu hatta bahasa arab. dan bible terbahagi kepada dua bahagian, old testament dan new testament.
kejadian
keluaran
imamat
bilangan
ulangan
antara 4 nama bab old testament yang kami perlu ingat.
dan antara nama bab dalam new testament adalah
matius
markus
lukas
yohanes
kalau bible dalam bahasa indonesia di panggil al-kitab. dan cara nak mencari ayat-ayat dalam alkitab ialah :
cth : imamat 11:7-8
1st sekali kenal pasti bible tu kitab perjanjian lama atau baru. kemudian lihat nombor bab. no 11 adalah no bab dan kemudian lihat n0mbor ayat. ayat 7-8.
banyak jugak kami belajar. tapi jujur. masa terlalu singkat. rasa macam sangat-sangat tak cukup :(
antara kisah menarik dalam bible ? jujur, kandungan bible sangat boleh ditapis dengan akal manusia. boleh beza mana menyimpang dan mana salah. bukan kami di sini mahu menunjukkan kesalahan mana-mana agama tetapi kami mahu sama-sama mencari mana yang benar, mana yang ma'kul dan mana yang betul-betul datang dari Allah.
sebagai contoh kisah Lot dan dua anak perempuannya (kejadian 19 : 30-38)
dalam bible menceritakan bahawa kedua anak perempuan Lot ingin meneruskan generasi keturunan mereka sedangkan tidak ada lelaki yang dapat menghampiri mereka. maka mereka mengambil keputusan mahu memabukkan ayah mereka dengan memberi minum anggur lalu tidur dengannya untuk menyambung generasi keturunan.
anda baca dan anda nilailah
sebagai satu tambahan, jika anda membuka bible, sila buka bab kidung agung 7:6-13
dan nilai buat sekian kalinya
naktafi ila huna. cukup sampai sini sahaja.
saya hanya berkongsi sedikit dari apa ilmu yang telah diajari siang tadi. betulkan jika saya silap kerana saya hanya manusia biasa :)
salamdarihati
[ku]
bengkel kefahaman bible
antara contoh bible
Oleh KU NAZURAH


17:46
Usuluddin Multimedia

Posted in:

0 comments:
Post a Comment