Apalah yang ada pada ukhuwah kita
jika terbina atas kepura-puraan jiwa
tersimpan kemas rasa tercela
yang mencalari hati-hati kita
Tiada berguna ukhuwah ini
jika tidak pernah kita sedari
keikhlasan sahabat dalam memberi
terasa berteman tiada bersunyi
Mengapa wujud rusuhan rasa
yang akhirnya meruntuhkan kegemilanggan kita
juga menghancurleburkan kekuatan kita
dan akhirnya hilanglah keberkatan penyatuan kita
Kita adalah insan pelupa
jika kita sentiasa bersama
Nasihat yang baik amalan kita
tiada dukha tiada nestapa.
Atas ukhuwah kita bersatu
megah kukuh matlamat dituju
mekar mawar dan terus maju
penyatuan kita tiada jemu
-Wira Azhar
-9/7/2011
“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara”(Surah Al-Hujarat 49:10)
“Dan dialah yang menyatukan hati mereka(orang beriman).walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan)yang berada di bumi,nescaya kamu tidak akn dapat menyatukan hati mereka.Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”(Surah Al-Anfal 8:63)
Bermulalah penyatuan kita.
Bersatu melalui Tuhan Yang Esa.
Penyatuan hati
Dr.Abdul Basit Abd.Rahman menyatakan bahawa “kesatuan hati kita terbina asas penyatuan jiwa manusia sebelum jasadnya.Penerimaan akal terhadap agama adalah setelah iman itu meguasai hati mereka.Ini adalah asas Aqidah iman yang Allah masukkan dalam hati manusia seluruhnya maka timbangan neraca kesatuan dalam ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah dalam tauhid yang khalis.”
Bersatunya kita ini bukan berlaku secara tiba-tiba.kerana perkataan kesatuaan itu bukan semata-mata diertikan sebagai kekuatan.
Sesetengah orang beranggapan bahawa hanya kekuatanlah yang mempu menjatuhkan musuh-musuh Islam.Tetapi sebenarnya yang lebih utama adalah bergantung kepada kesatuan dan perpecahan kita.
Jika kita maju bagaimanapun dalam mencapai teknologi dan mendepani kemajuan ketamadunan yang menjadi asas kekuatan kita,tetapi kita berpecah,saling memecahbelahkan sesama sendiri,mencaci maki,bermasam muka.maka ia masih belum menyelamatkan kita.Malah menjadikan kita saling bermusuhan .
Berbalik kepada kejiwan kita.tiada berguna kita bersama dalam membentuk satu kesatuan dan ukhuwah tetapi tidak didasari dengan keikhlasan kepada Tuhan Yang Maha Agung tetapi hanya berlandaskan nafsu semata.iannya seperti manifestasi kepura-puraan kita.Contohnya dalam bersatu setapi masih menyimpan Hasad,dengki,bersangka buruk ,khianat.
Itulah yang sebenarnya merusuhkan hati kita.Sudahlah kita berada derita apabila sifat tercela itu bersembunyi dihati kita, malah kita terdera dengan bermacam perbuatan kita yang menyalahi syariat.
Apakah yang apa pada kesatuan jiwa didalam jiwa bergejolak seperti kawah gunug berapi,sentiasa membakar batin kita walaupun kita kelihatan membisu dan tenang secara luarannya.
Mari kita bersama menyucikan jiwa kita.iannya bagaikan racun lama kelamaan menghanyutkan kita kepada arus durjana.hati Naurani kita perlu diselamatkan dari sifat kekkejian yang akhirnya menimbulkan pepecahan yang sepatutnya tidak berlaku.Apatah lagi perbalahan disebabkan perkara-perkara kecil.
Alangkah indahnya jika jiwa kita terjaga walaupun kita tahu bermacam-macam godaan akan datang menyusul.Tetapi dengan kejiwaan inilah membentuk ukhuwah kesatuan yang dibalut oleh madu yang manis lagi mendamaikan jiwa.
Alangkah indahnya jika setiap yang mencalarkan hati itu dilupa dan ditinggalkan sejauhnya agar hati kita sentiasa sejahtera dengan kesabaran .
Tiada apa pun yang akan meroboh dan memecah belahkan ukhuwah kita jiwa hati-hati kita ini bersih tenang damai sehingga kita merasakan hati-hati kita yang bersatu,terasa bagai dikongsi,terasa bagai diikat.Apabila satu anggotannya sakit,maka sakitlah seluruhnya.
-Wira Azhar


18:48
Usuluddin Multimedia

Posted in:

0 comments:
Post a Comment